SCM Player

Monday, June 21, 2010

C . I . N . T . A

Cinta itu seperti sinar matahari
memberi tanpa mengharap kembali.
Cinta itu seperti sinar matahari
tidak memilih siapa yang ia sinari.
Cinta itu seperti sinar matahari
yang memberi kehangatan d hati.

Jangan kau ucapkan selamat tinggal
jika engkau masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah
jika engkau masih rasa sanggup.
Jangan engkau katakan tidak mencintainya lagi
jika engkau masih tidak dapat melupakannya.

Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal yang terindah yang pernah dialami.

Cinta bukan mengajar kita lemah,
tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri,
tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat,
tetapi membangkitkan semangat.

Cinta ibarat kasut antik
ia sukar ditemui
sukar diperolehi
tapi . . . 
mudah untuk jatuh berderai.

Cinta itu adalah kata hati.
Cinta itu selalu indah untuk dilihat
dirasakan dan dilakukan
oleh itu jagalah cinta
agar ianya kekal dan harum.

Bila mata bertentang mata
hati berdegup menjadi satu
getaran mula terasa
mengalir laju di setiap ruang kosong
meninggalkan satu rasa yang dinamakan CINTA.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah
risiko yang kita tidak ambil.
Jika anda merasakan sesuatu itu 
akan membuat anda bahagia,
maka teruskan. . . 
Ingatlah bahawa kita akan melalui
semua ini hanya sekali
mungkin tiada lagi peluang kedua.

Kasih sayang yang sejati 
umpama cahaya matahari yang x mungkin disekat oleh sesiapa pun.

Cinta bukanlah kata-kata murah
dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut 
tetapi cinta . . 
adalah anugerah tuhan yang indah dan suci 
jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Cinta itu membuatkan anda rasa gembira 
walaupun ia sering melukakan 
cinta itu istimewa
Jika ia diberikan 
kepada orang yang bertuah.

CINTA ITU SANGAT INDAH
HARGAILAH CINTA.

No comments:

Post a Comment